Monday, August 1, 2011

If You Wonder..About The Spell I'm Under..

It's Your Love - Gil Ofarim

Aneesa Sofea :)
Wajah dan perketinya secantik nama.

Tapi tak sangka, main sihir juga dia ni.
Habis aku dah terkena pesonanya.
Macam kena pukau. Aduh laa...cinta cinta..
Kuasa Allah semuanya.

Isteri aku akhirnya.
Lega aku dapat melamarnya bukan sebagai kekasih, tetapi sebagai isteri.
Itu jauh lebih baik.
Yes! Yes! :)

Kalau someday dia masih tak puas hati dengan jawapan aku bagi tentang dia lah miracle paling best jadi kat aku. Terpaksa lah aku jawab, aku terkena sihir cinta dia. Macam poyo je kan? Tapi kalau dah betul?? Nak buat macam mana. ye dak?

Akhirnya slow-slow dia sedang menerima aku. Aku percaya dia sedang mencuba. Semuanya atas berkat doa dan usaha aku 'mencairkan' dia. Payah wo...ego tinggi bini aku ni. Tapi hati tisu. Perempuan. Biasalah. Tapi sekarang darjat nya tinggi pada aku. Isteri aku. Tulang rusuk aku. Ratu aku! 

Yeah..Love you Fea.. 

So if you wonder
About the spell I'm under
ITS YOUR LOVE

Please Don't

Wednesday, July 27, 2011

Ratu, If Falling In Love with You Is A mistake, I Would Never Regret It

Assalamualaikum..

Menikahi perempuan yang tak kenal siapa kita bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi membuat mereka jatuh cinta kepada kita terutamanya apabila ada lelaki lain di dalam hatinya. Susah meletakkan sesuatu ke dalam hati, apatah lagi membuang nya jauh dari hati.

Tapi tak mengapa, kalau dia tertanya-tanya kenapa aku pilih dia bilamana kita bukanlah saling mengenali, aku akan jawab, sebab dia lah 'miracle' paling best pernah jadi kat aku.

Kalau betul pun aku silap memilih jalan setelah istikharah ku jelas menyatakan dia perempuan yang patut aku nikahi, mungkin that is the nicest and beautiful mistakes I've ever done in my life.

Tapi aku yakin, Allah takkan takdirkan dia untuk aku, kalau bukan itu yang terbaik untuk aku. Jadi aku curi gambar ini dari blognya yang berentri CINTA DUNIA#2: 4 Jenis Lelaki Setia Yang Putus Cinta.


Tapi aku rasa Allah telah menjawab "YA" atas permintaan aku. Dia berikan aku Aneesa Sofea. Tulang rusuk ku. Alhamdullilah. :)


p/s: Rasanya sejak first date semalam, dia dah makin cair dengan aku. Perlu menjadi lebih romantik macam Seth Tan! :)

Monday, July 25, 2011

#1

16 Julai 2011





Disclaimer: Image was taken from Google and edited for purpose of telling stories :) Watermark is not removed to protect the owner'r rights.